HULURKAN SUMBANGAN TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN MELALUI AKAUN BANK CIMB SURAU AN-NAJIHIN : 860 357 7972

Sunday 31 March 2019

Mesyuarat AJK 1/2019


15 Mac 2019
Mesyuarat AJK Surau An-Najihin kali 1/2019 pada pukul 9.00 malam. Perbincangan berkaitan pembentukan biro, perancangan aktiviti dan kewangan. Perbincangan juga dibuat atas cadangan menjadikan surau lama sebagai pusat tahfiz. Semoga Allah makbulkan.


Image may contain: 1 person, sitting, table and indoor

Image may contain: 2 people, people smiling

Image may contain: one or more people and people sitting

Perkongsian Pintar

30 Mac 2019, 9.00 malam
Perbincangan perkongsian pintar antara Koperasi Taman Paduka Setia Taiping Berhad dengan Surau An-Najihin dalam projek catering makanan berbuka puasa di surau, pembelian lembu qurban dan pembuatan grill surau. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak






Saturday 30 March 2019

Sejarah Kronologi Surau Taman Paduka Setia

Kronologi Pembinaan Surau Taman Paduka Setia.

2002-November 2004
Surau pertama digunakan oleh penduduk Taman Paduka Setia merupakan sebuah rumah yang disewa untuk dijadikan tempat beribadat dengan kadar RM200.00 sebulan pada tahun 2002. Surau ini telah digunakan selama lebih kurang 2 tahun.


Ruah sewa yang dijadikan surau (2002-2004)



Disember 2004-Mei 2018
Surau kedua telah dibina sendiri oleh jemaah Taman Paduka Setia siang dan malam pada bulan Ramadhan tahun 2004. Surau ini telah dibina dengan inisiatif Allahyarham Cikgu Nadzri yang telah mendapatkan persetujuan kontraktor yang hendak merobohkan asrama Sekolah Kebangsaan Asam Kumbang agar memberikan satu bangunan asrama kepada jemaah Taman Paduka Setia secara percuma. Para penduduk Taman Paduka Setia telah bertungkus-lumus bergotong-royong meroboh dan mengangkut bahan-bahan binaan dan dibina serta dipasang semula dengan reka bentuk asrama sedia ada. Semua perbelanjaan pemasangan dan pembinaan semula dibiayai dengan derma penduduk untuk membayar gaji pekerja Indonesia yang diupah. Manakala penduduk yang mempunyai kemahiran bertukang sama-sama membantu bagi merealisasikan pembinaan surau tersebut. Setelah lebih kurang 6 bulan bertungkus-lumus maka siaplah surau tersebut pada hujung bulan Ramadhan dan pada tahun tersebut sembahyang sunat Aidil Fitri dilaksanakan di surau baharu tersebut.

Surau yang dibina sendiri oeh penduduk Taman Paduka Setia (2004-2018)

Jun 2018 Sehingga kini
Surau An-Najihin yng baharu ini telah siap dibina dan digunakan pada kali pertama sempena sembahyang hari Raya Aidil Fitri pada tahun 15.6.2018 dengan belanja lebih kurang RM800,000 yang sebahagian besarnya perbelanjaannya disumbang oleh orang ramai. Pembinaan surau baharu ini telah dibuat di atas sebidang tanah yang terletak berhampiran dengan surau lama.

Tapak pembinaan surau baharu

Sejarah pembinaan surau ini telah dimulakan pada tahun 2012 dengan kerja-kerja awal menanam cerucuk di atas tanah yang disediakan berhampiran dengan surau lama. Beberapa jemaah Tamn Pauka Setia telah mengambil inisiatif  mengupah kontrakor penanam cerucuk dengan derma yang dikumpulkan pada ketika itu.

Penanaman cerucuk pada peringkat awal

Namun selepas itu, pembinaan terbengkalai selama lebih kurang 2 tahun kerana dana tidak mencukupi dan usaha diteruskan oleh Jawatankuasa Pembinaan Surau untuk mengumpul dana. Setelah dana semakin bertambah maka pembinaan seterusnya dimulakan pada bulan Mac 2014 dengan kerja-kerja menyukat tanda (marking)  untuk pembinaan tiang bangunan. Pelan asal pembinaan bangunan telah diusahakan oleh Jawatankuasa Pembinaan Surau dan mendpat kelulusa daripada Majlis Perbandaran Taiping.

Kerja-kerja penyukatan tanda oleh jemaah Taman Paduka Setia

Pembinaan terpaksa ditangguh lagi kerana dana yang dikumpulkan masih tidak mncukupi dan terpaksa mennggu lagi sehingga sumbangan orang ramai semakin bertambah. Jawatakuasa Pembinan Surau telah mengambil inisiati untuk mengumpul dana dengan memohon kebenaran memohon derma kepada Jabatan Agama Islam Perak dan Jabatan Hasil Dalam Negeri dan akaun pembinaan surau baharu dibuka untuk tujuan tersebut. Setelah dana semakin bertambah maka pembinaan seterusnya dimulakan pada bulan April 2016 pada bahagian tapak bangunan. Namun pada peringkat ini pelan asal bangunan diubahsuai oleh Jawatankuasa Pembinaan Baharu yang di pengerusikan oleh Tuan Haji Abd Rahim bin Abd Rashid merangkap Pengerusi Surau Lama untuk meneruskan  projek pembinaan.
Kerja-kerja bahagian tapak bangunan

Seterusnya pada bulan April 2016 kerja-kerja pembinaan tiang djalankan oleh pekerja Indonesia yang diupah oleh Jawatnkuasa Pembinaan Surau. Pembelian bahan-bahan pembinan  dan pemantauan dibuat oleh Jawatankuasa Pembinaan sendiri. 

Pembinaan tiang-tiang bangunan

Pada bulan Ogos 2016, kerja-kerja pembinaan berjalan dengan lancar apabila struktur bahagian atas bangunan sudah bermula. Kerja-kerja pembinaan struktur atas telah diberikan kepada kontraktor berlesen yang telah dipilih melalui tender terbuka yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Pembinaan Surau Baharu.

Pembinaan struktur bahagian atas bangunan

Setelah pembinaan struktur bangunan sudah siap, permohonan Ahli Jawatankuasa Surau Baharu untuk mendapatkan bantuan membuat bumbung, dinding dan elektrik telah diluluskan oleh Pejabat Daerah Larut dan Matang pada hujung tahun 2017 sebanyak RM350,000. Sebuah syarikat pembinaan berlesen telah dilantik oleh Pejabat Daerah LMS untuk tujuan tersebut.  Maka pada bulan April 2018 pembinaan bumbung dan dinding telah siap dan pemasangan elektrik dimulakan oleh syarikat yang telah dilantik oleh Pejabat Daerah LMS.

Bumbung dan dinding yang telah siap dipasang

Ahli Jawatankuasa Pembinaan Surau An-Najihin Baharu terus memohon derma orang ramai untuk tujuan pemasangan jubin, pengecatan bangunan dalam dan luar, pemasangan tembok luar, dekorasi dalaman, tandas, tangki air dan pemasangan air, pemasangan penghawa dingin dan kipas, penambakan kawasan rendah di sekeliling kawasan surau dan sebagainya. Hasil usaha bertungkus-lumus, doa dan tawakal kepada Allah maka pada bulan Jun 2018 surau baharu An-Najihin secara rasminya digunakan untuk sembahyang sunat Aidil Fitri setelah mengambl masa lebih kurang 4 tahun untk disiapkan. Alhamdulillah!!!


Surau baharu An-Najihin  (2018 hingga kini)

Thursday 28 March 2019

Majlis Qurban dan Aqiqah Tahun 2018

Majlis Qurban dan Aqiqah telah diadakan pada 22.8.2018 di perkarangan Surau An-Najihin yang baharu bermula selepas solat sunat Eidul Adha. Sebanyak 7 ekor lembu telah dikorbankan hasil kerjasama semua jemaah Taman Paduka Setia. Pengagihan daging korban telah dibuatkepada penduduk di Taman Paduka Setia dan perkampungan dan taman sekitar. Jamuan makan tengah hari telah diadakan selepas sembahyang Zohor sehinggan pukul 4.00 petang. 











Mesyuarat Agung tahunan Surau An-Najihin

Mesyuarat Agung Tahunan Surau-An-Najihin  telah diadakan pada 15.2.2019 pada jam 9.00 malam di balai Lintang Surau An_Najihin. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Wakil Pegawai Daerah LMS, iaitu Encik Nordin. Pada mesyuarat ini telah dipilih AJK yang baharu untuk sesi 2019/2020 yang akan pimpin oleh Encik Ayob Ismail bagi menggantikan bekas pengerusi, iaitu Hj Abd Rahim Abd Rashid. 









Sambutan Hari Raya Eidul Fitri Tahun 2018

Sambutan Hari Raya Eidul Fitri telah diadakan pada 30.6.2018 di Surau An-Najihin yang baharu bermula dari pukul 2.00 petang sehingga 5.00 petang. Sambutan kali pertama di surau baharu ini sangat meriah dengan kehadiran para jemaah Taman Paduka Setia, Taiping. Sambutan ini diserikan lagi dengan kehadiran Orang Besar Jajahan dan Pegawai Daerah LMS.













Sejarah Baharu Tercipta

Syukur alhamdullilah dengan limpah rahmat dan inayahnya maka makbullah sudah doa para jemaah Taman Paduka Setia yang ingin melakukan ibadat dan aktiviti-aktiviti keagamaan di sebuah surau yang lebih selesa. Pada tanggal 15 Jun 2018, sempena sambutan Hari Raya Eidul Fitri maka secara rasmi Surau Baharu An-Najihin digunakan untuk pertama kalinya dengan Solat Sunat Eidul Fitri. Setelah bertungkus-lumus hampir 4 tahun untuk disiapkan pembinaan surau ini sejak tahun 2014. Semoga dengan surau yang baharu ini semakin ramailah jamaah Taman Paduka Seita yang akan memakmurkan surau ini. Allahuakbar!!!









Wednesday 27 March 2019

Lokasi Surau An-Najihin, Taman Paduka Setia


Surau An-Najihin terletak di Taman Paduka Setia, Kampung Boyan, Taiping, Perak. Surau ini mulai digunakan secara rasmi pada bulan Jun 2018 setelah mengambil masa selama 4 tahun untuk disiapkan. Sebahagian besar pembinaan surau ini dibiayai hasil daripada sumbangan derma masyarakat.



Taman Paduka Setia terletak di Mukim Aulong dan jarak dari bandar Taiping lebih kurang 5 km sahaja.  Taman ini mengandungi lebih kurang 500 buah rumah dan penduduk beragama Islam lebih kurang 300 orang.

SELAMAT MELAYARI BLOG INI, SEMOGA MENDAPAT MANFAAT