HULURKAN SUMBANGAN TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN MELALUI AKAUN BANK CIMB SURAU AN-NAJIHIN : 860 357 7972

Bicara Pengerusi







Assalamualaikum w.b.t,

Pada kesempatan ini saya melahirkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan keizinannya maka blog rasmi Surau An-Najihin dapat dibangunkan untuk tujuan hebahan maklumat, rakaman peristiwa dengan lebih berkesan.

Saya berharap saluran ini akan memudahkan masyarakat Islam Taman Paduka Setia  ini untuk mengetahui segala aktiviti yang dilaksanakan oleh Ahli Jawatankuasa Surau An-Najihin sepanjang tahun. Semoga dengan hebahan maklumat ini akan dapat menarik minat lebih ramai lagi jemaah Taman Paduka Setia untuk hadir memakmurkan surau ini.

Saya menyeru kepada masyarakat Islam di taman ini untuk memberikan idea, pendapat dan pandangan melalui media di hujung jari ini agar dapat AJK menambahbaik pelaksanaan aktiviti surau ini. Selain itu, semoga hebahan maklumat ini akan dapat memberikan kefahaman yang lebih baik untuk sama-sama memberikan sumbangan untuk memakmurkan surau kita ini.

Akhir kata, semoga media ini akan menjadi menjadi pemacu ke arah memakmurkan surau ini dengan lebih baik lagi pada masa akan datang. Semoga kerja buat kita akan diredhai oleh Allah SWT. sekian terima kasih.

0 comments:

SELAMAT MELAYARI BLOG INI, SEMOGA MENDAPAT MANFAAT