HULURKAN SUMBANGAN TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN MELALUI AKAUN BANK CIMB SURAU AN-NAJIHIN : 860 357 7972

Sejarah Pembinaan Surau Taman Paduka Setia


Kronologi Pembinaan Surau Taman Paduka Setia.

2002-November 2004
Surau pertama digunakan oleh penduduk Taman Paduka Setia merupakan sebuah rumah yang disewa untuk dijadikan tempat beribadat dengan kadar RM200.00 sebulan pada tahun 2002. Surau ini telah digunakan selama lebih kurang 2 tahun.


Ruah sewa yang dijadikan surau (2002-2004)



Disember 2004-Mei 2018
Surau kedua telah dibina sendiri oleh jemaah Taman Paduka Setia siang dan malam pada bulan Ramadhan tahun 2004. Surau ini telah dibina dengan inisiatif Allahyarham Cikgu Nadzri yang telah mendapatkan persetujuan kontraktor yang hendak merobohkan asrama Sekolah Kebangsaan Asam Kumbang agar memberikan satu bangunan asrama kepada jemaah Taman Paduka Setia secara percuma. Para penduduk Taman Paduka Setia telah bertungkus-lumus bergotong-royong meroboh dan mengangkut bahan-bahan binaan dan dibina serta dipasang semula dengan reka bentuk asrama sedia ada. Semua perbelanjaan pemasangan dan pembinaan semula dibiayai dengan derma penduduk untuk membayar gaji pekerja Indonesia yang diupah. Manakala penduduk yang mempunyai kemahiran bertukang sama-sama membantu bagi merealisasikan pembinaan surau tersebut. Setelah lebih kurang 6 bulan bertungkus-lumus maka siaplah surau tersebut pada hujung bulan Ramadhan dan pada tahun tersebut sembahyang sunat Aidil Fitri dilaksanakan di surau baharu tersebut.

Surau yang dibina sendiri oeh penduduk Taman Paduka Setia (2004-2018)

Jun 2018 Sehingga kini
Surau An-Najihin yng baharu ini telah siap dibina dan digunakan pada kali pertama sempena sembahyang hari Raya Aidil Fitri pada tahun 15.6.2018 dengan belanja lebih kurang RM800,000 yang sebahagian besarnya perbelanjaannya disumbang oleh orang ramai. Pembinaan surau baharu ini telah dibuat di atas sebidang tanah yang terletak berhampiran dengan surau lama.

Tapak pembinaan surau baharu

Sejarah pembinaan surau ini telah dimulakan pada tahun 2012 dengan kerja-kerja awal menanam cerucuk di atas tanah yang disediakan berhampiran dengan surau lama. Beberapa jemaah Tamn Pauka Setia telah mengambil inisiatif  mengupah kontrakor penanam cerucuk dengan derma yang dikumpulkan pada ketika itu.

Penanaman cerucuk pada peringkat awal

Namun selepas itu, pembinaan terbengkalai selama lebih kurang 2 tahun kerana dana tidak mencukupi dan usaha diteruskan oleh Jawatankuasa Pembinaan Surau untuk mengumpul dana. Setelah dana semakin bertambah maka pembinaan seterusnya dimulakan pada bulan Mac 2014 dengan kerja-kerja menyukat tanda (marking)  untuk pembinaan tiang bangunan. Pelan asal pembinaan bangunan telah diusahakan oleh Jawatankuasa Pembinaan Surau dan mendpat kelulusa daripada Majlis Perbandaran Taiping.

Kerja-kerja penyukatan tanda oleh jemaah Taman Paduka Setia

Pembinaan terpaksa ditangguh lagi kerana dana yang dikumpulkan masih tidak mncukupi dan terpaksa mennggu lagi sehingga sumbangan orang ramai semakin bertambah. Jawatakuasa Pembinan Surau telah mengambil inisiati untuk mengumpul dana dengan memohon kebenaran memohon derma kepada Jabatan Agama Islam Perak dan Jabatan Hasil Dalam Negeri dan akaun pembinaan surau baharu dibuka untuk tujuan tersebut. Setelah dana semakin bertambah maka pembinaan seterusnya dimulakan pada bulan April 2016 pada bahagian tapak bangunan. Namun pada peringkat ini pelan asal bangunan diubahsuai oleh Jawatankuasa Pembinaan Baharu yang di pengerusikan oleh Tuan Haji Abd Rahim bin Abd Rashid merangkap Pengerusi Surau Lama untuk meneruskan  projek pembinaan.
Kerja-kerja bahagian tapak bangunan

Seterusnya pada bulan April 2016 kerja-kerja pembinaan tiang djalankan oleh pekerja Indonesia yang diupah oleh Jawatnkuasa Pembinaan Surau. Pembelian bahan-bahan pembinan  dan pemantauan dibuat oleh Jawatankuasa Pembinaan sendiri. 

Pembinaan tiang-tiang bangunan

Pada bulan Ogos 2016, kerja-kerja pembinaan berjalan dengan lancar apabila struktur bahagian atas bangunan sudah bermula. Kerja-kerja pembinaan struktur atas telah diberikan kepada kontraktor berlesen yang telah dipilih melalui tender terbuka yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Pembinaan Surau Baharu.

Pembinaan struktur bahagian atas bangunan

Setelah pembinaan struktur bangunan sudah siap, permohonan Ahli Jawatankuasa Surau Baharu untuk mendapatkan bantuan membuat bumbung, dinding dan elektrik telah diluluskan oleh Pejabat Daerah Larut dan Matang pada hujung tahun 2017 sebanyak RM350,000. Sebuah syarikat pembinaan berlesen telah dilantik oleh Pejabat Daerah LMS untuk tujuan tersebut.  Maka pada bulan April 2018 pembinaan bumbung dan dinding telah siap dan pemasangan elektrik dimulakan oleh syarikat yang telah dilantik oleh Pejabat Daerah LMS.

Bumbung dan dinding yang telah siap dipasang

Ahli Jawatankuasa Pembinaan Surau An-Najihin Baharu terus memohon derma orang ramai untuk tujuan pemasangan jubin, pengecatan bangunan dalam dan luar, pemasangan tembok luar, dekorasi dalaman, tandas, tangki air dan pemasangan air, pemasangan penghawa dingin dan kipas, penambakan kawasan rendah di sekeliling kawasan surau dan sebagainya. Hasil usaha bertungkus-lumus, doa dan tawakal kepada Allah maka pada bulan Jun 2018 surau baharu An-Najihin secara rasminya digunakan untuk sembahyang sunat Aidil Fitri setelah mengambl masa lebih kurang 4 tahun untk disiapkan. Alhamdulillah!!!


Surau baharu An-Najihin  (2018 hingga kini)











0 comments:

SELAMAT MELAYARI BLOG INI, SEMOGA MENDAPAT MANFAAT