HULURKAN SUMBANGAN TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN MELALUI AKAUN BANK CIMB SURAU AN-NAJIHIN : 860 357 7972

Thursday 30 May 2019

Tazkirah Ramdhan oleh ustaz Saidin

30.5.2019, 10.00 pm:
Tazkirah ramadhan oleh Ustaz Saidin bertajuk 'Letakkan Akhirat Matlamat Hidup'. Sepanjang tahun adalah racun dan bulan Ramadhan adalah penawar. Amalan penyelamat selepas mati nanti ialah zikrullah, solat, puasa dan infaq harta benda.

Sunday 26 May 2019

Lensa Terkini

Lensa terkini

Tazkirah subuh oleh Ustaz Ibnu Abas menghurai Surah Al-Ma'un

26.5.2015, 6.15 am:
Tazkirah subuh oleh Ustaz Ibnu Abas menghurai Surah Al-Ma'un yang terdiri daripada tujuh ayat. Kufar, kafir dan kufur yang mempunyai perbezaan bagi setiap istilah. Orang-orang yang mendustakan agama: pemerintah yang zalim, menindas anak yatim, tidak membantu orang miskin, lalai solat, riak dalam beribadat dan menghalang orang yang hendak membuat kebaikan.

Majlis pemberian sagu hati hari raya dan iftar bersama anak-anak yatim dari Pokok Asam dan Ulu Sepetang

24.5.2019, 6.30 pm:
Majlis pemberian sagu hati hari raya dan iftar bersama anak-anak yatim dari Pokok Asam dan Ulu Sepetang seramai 35 orang anjuran Surau An-Najihin, Taman Paduka Setia.

Tazkirah ramadhan oleh Ustaz Fakharuddin

22.5.2019, 10.00 pm:
Tazkirah ramadhan oleh Ustaz Fakharuddin bertajuk "Nuzul Al-Quran" di Surau An-Najihin.

Sumbangan Raya dan Iftar bersama anak-anak tahfiz

22.5.2019, 7.00 pm:
Sumbangan duit raya dan iftar bersama anak-anak Tahfiz Pokok Asam anjuran KRT Paduka Setia dan Surau An-Najihin.

Iftar MPKK bersma Jamaah Surau An-Najihin

14.5.2019, 7.30 malam:
Majlis Iftar anjuran Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kg. Boyan bersama jemaah Surau An-Najihin. Program yang dapat mendekatkan diri kaum Cina dengan aktiviti berbuka puasa di surau.

Penerangan Timbalan Mudir Maahad Tahfiz, Phnom Penh

13.5.2018, 10.00 malam:
Penerangan oleh Timbalan Mudir Maahad Tahfiz Nurul Iman, Phnom Penh, Kemboja untuk memohon dana membiayai maahad tersebut. Sehingga kini maahad tersebut mempunyai seramai 230 orang pelajar yang mengikuti kelas tahfiz dan pengajian kitab. Sumbangan juga boleh dibuat melalui akaun bank yang diberikan.

Tazkirah Ramdhan oleh Ustaz Ali

12.5.2019, 10.00 malam:
Tazkirah ramadhan oleh Ustaz Ali bertajuk 'Muhasabah Diri'

SELAMAT MELAYARI BLOG INI, SEMOGA MENDAPAT MANFAAT